Buku teks Tasawwur Islam sebenarnya dapat memberikan motivasi kepada pelajar dalam mendalami ilmu islam kerana bahasa yang digunakan dapat mendorong pelajar untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam. Contohnya, bahasa yang digunakan daripada kalimah al-quran, hadis dapat memberikan sifat ingin tahu berkaitan dengan perkataan atau kalimah yang diterjemahkan
Dalam buku teks ini telah diletakkan pelbagai jenis ikon dan ikon ini juga merupakan bahasa yang berbentuk interaktif bagi menarik minat pelajar. Salah satu contoh ikon adalah berbentuk gambar otak yang menunjukkan tentang soalan-soalan yang disoalkan berdasarkan tahap KBAT. Daripada soalan-soalan itu, dapat mendorong pelajar berfikir secara kritis untuk mencari jawapannya.