Buku teks adalah wadah/rujukan kepada murid-murid untuk mendapatkan ilmu dalam proses pembelajaran. Buku teks merupakan wadah bagi murid-murid untuk mendapatkan maklumat dan fakta yang benar.
TERJEMAHAN PEMIKIRAN
Buku teks berperanan untuk menterjemahkan kurikulum ke dalam bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid.
Ianya juga ditulis untuk menanamkan ideologi sesuai dengan kehendak golongan dominan dan ditulis hasil daripada pemikiran kelompok golongan ini.
REFLEKSI SOSIAL
Bahan atau aktiviti buku teks perlu mencerminkan kehidupan majmuk di Malaysia disebabkan terdiri daripada penduduk yang berbeza latar belakang mengikut kaum, bahasa, agama dan budaya.
Kandungan buku teks perlu dapat memupuk keharmonian dan kesejahteraan menerusi nilai-nilai perpaduan yang unik.