Murid-murid berupaya memperoleh ilmu pengetahuan pada peringkat asas dan
Mereka boleh membina minat untuk meneroka lebih meluas dan mendalam dengan membuat bacaan lanjut dari buku-buku lain.
Contohnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengadungi asas dalam kemahiran bahasa seperti membaca, menulis, bertutur dan mendengar.
MOTIVASI
Kandungan buku teks perlu berupaya memberi motivasi kepada murid-murid untuk menimbulkan rasa keseronokan membaca.
Semakin membaca buku teks, murid-murid dapat meningkatan diri dari aspek penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran nilai, sosio budaya dan percaya diri.
SUMBER
Buku teks menjadi sumber bagi murid dan guru dalam memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui buku teks, murid memperoleh pelbagai sumber maklumat yang tepat untuk mengembangkan keupayaan intelektual dan mendapat manfaar daripada kandungan buku teks tersebut.
MAKLUMAT
Buku teks digunakan sebagai sumber maklumat berkenaan mata pelajaran atau dalam sesuatu bidang yang tertentu.
Kandungan maklumat di dalam buku teks bersifat benar dan tepat untuk dijadikan sebagai rujukan.