Suatu gagasan pemikiran tentang hasrat pendidikan Malaysia. Memperlihatkan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Menekankan matlamat pendidikan ''....Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.'' Oleh itu,buku teks perlu merealisasikan matlamat ini selaras dengan hasrat menjadikan negara Malaysia maju dengan acuan tersendiri.
Suatu program pengisian pendidikan yang melibatkan kurikulum dan aktiviti kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diigini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Pendidikan yang seragam ini menjadi muatan untuk disajikan kepada murid-murid dalam proses PdP di dalam bilik darjah. Oleh itu, buku teks ditulis berdasarkan hasrat kurikulum kebangsaan iaitu Kurikulum Standard  Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Dokumen rasmi tentang pelaksanaan pendidikan yang mengintergrasikan kurikulum, pembelajaran dan pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan yang menjelaskan standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi untuk pelaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kandungan buku teks mestilah memenuhi kriteria yang terdapat dalam DSKP. 
I BUILT MY SITE FOR FREE USING