PERINGKAT | KETERANGAN |
Survey (Tinjau) | - Membuat pembacaan dan melihat secara sepintas lalu isi buku mulai dari topik utama, sub topik, ilustrasi/ gambar/ rajah/ jadual/ dan latihan yang menjelaskan secara ringkas topik dan kandungan di dalam buku.
- Pelajar membuat bacaan pantas iaitu "skinning & scanning"
|
Question (Soal)
| - Pelajar perlu menyenaraikan soalan-soalan berkaitan teks yang diberikan.
- Menyusun pertanyaan-pertanyaan yang jelas, singkat, dan releven
|
Read (Baca) | - Pelajar mesti membaca secara aktif yang bermaksud pembacaan akan difokuskan pada teks dan perenggan.
- Pelajar perlu teliti dan fokus untuk mencari jawapan kepada semua persoalan, mengembangkan soalan dan mempersoalkan pendapat atau maklumat.
|
Recite (Imbas kembali) | - Mengimbas kembali teks yang telah dibaca dan memahami apa yang mereka baca
- Melihat refleksi atas bahan bacaan yang telah dibaca oleh pelajar sebelum ini dan lakukan setelah habis bab.
- Menceritakan semula apa yang dibaca dalam teks tersebut dengan gaya bahasa mereka sendiri
|
Review (Baca semula) | - Pelajar membuka halaman secara pantas sambil melakukan review singkat untuk memastikan apa yang dibaca telah difahami dan dikuasai.
- Pada langkah terakhir dilakukan tinjauan di atas seluruh persoalan dan jawapan sehingga diperoleh sebuah kesimpulan yang ringkas, tetapi dapat menggambarkan seluruh jawapan.
|