DIMENSI MENEGAK: Dimensi vertikal adalah tentang penyusunan olahan bahan mengajar berdasarkan tingkat kesukaran. Bahan yang disusun daripada mudah kepada yang lebih sukar. Contohnya, dalam buku teks ini bahan mengajar disusun dengan tema pelajaran yang mudah dahulu iaitu Islam sebagai al-Din seterusnya tentang Manusia sebagai Khalifah Allah dan tema yang terakhir lebih sukar mengenai Sistem Sosial Islam.
DIMENSI MENDATAR: Dimensi mendatar adalah berkenan penyusunan isi kuriklulum dari segi integrasi, skop dan imbangan. Susunan skop ini diintegrasikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, dalam subjek Tasawwur Islam merangkumi isi kurikulum, imbangan dan integrasi seperti dalam subjek Pendidikan Islam yang membincangkan tentang Agama Islam