Buku teks ini dapat membantu murid untuk minat membaca kerana komponen paparan itu menarik. Contohnya, penggunaan gambar dan ikon yang menarik seperti kod QR yang merupakan satu aplikasi untuk mencari maklumat dan sumber rujukan tambahan daripada internet
RINGKASAN AWAL
Ringkasan awal amat penting untuk memberi pendedahan awal kepada murid barkaitan topik yang akan dipelajari. Di dalam buku teks ini telah diberikan beberapa paparan awal dalam pelbagai bentuk grafik dan ilustrasi. Contohnya, isi kandungan seperti tajuk utama, standard kandungan, standard pembelajaran dalam bentuk menarik.
PENILAIAN/UJIAN
Penilian atau ujian penting dalam mengukur tahap penguasaan murid dalam topik yang dipelajari. Contohnya, dalam buku teks Tasawwur Islam pada akhir bab disediakan pelbagai bentuk soalan seperti soalan objektif, esei, kajian kes dan seumpamanya sebagai latihan pengukuhan terhadap murid
KATA KUNCI
Kata kunci adalah perkataan atau rangkai kata yang perlu diketahui dan difahami oleh murid dalam sesuatu bab. Contohnya, pada awal bab, telah diletakkan kata kunci mengenai topik yang akan dipelajari seperti menyatakan maksud, seterusnya menjelaskan isi maksud dan lain-lain
GLOSARI
Glosari dapat membantu murid untuk membuat rujukan bagi istilah yang digunakan dalam buku. Contohnya, dalam buku teks Tasawwur Islam ada meletakan glosari pada bahagian muka surat yang mengandungi perkataan tersebut
INDEKS
Indeks berfungsi untuk mencari kedudukan dan makna sesuatu isitilah atau perkataan berkaitan teks serta ditulis mengikut urutan aphabet. Lazimnya ditulis pada bahagian akhir buku teks
RUJUKAN
Bahan rujukan yang digunakan oleh penulis buku teks untuk menghasilkan buku teks. Contohnya, lampiran terakhir muka surat sebagai bahagian rujukan